HARI JADI LLV

Ditaip oleh Lola Love Vintage
LLV cuma nak bagitahu yang :

  1. LolaLoveVintage Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 27/2/2011 dan dikendalikan secara usahasama antara dua rakan karib iaitu Siti Zainab dan Annis Afni. Kami merancanakan satu perniagaan kecil-kecilan sementara kami masih lagi menuntut di Universiti Utara Malaysia ini dengan mencari wang saku untuk menambah pembiyaan kami di sini. 
2.     Pemilihan nama "LOLA LOVE VINTAGE" ini adalah kerana, kami ingin memperkenalkan fesyen yang berteraskan gaya vintage kepada semua pelanggan supaya berani untuk bergaya dan tidak kekal daripada fesyen yang lama sahaja. Keberanian untuk suai dan padan terhadap baju, skirt, dan lain-lain lagi bakal menyerlahkan penampilan anda untuk hari-hari akan datang.

3.       Barang-barang yang kami jual ini diambil secara langsung dari Korea dan dijual secara terus kepada pelanggan supaya mereka masih lagi mendapat kualiti pakaian, aksesori dan segala produk LLV ini pada tahap kualiti yang tinggi. Dan alhamdulillah, baru setahun jagung perniagaan kami ini berlangsung, hingga kini, sudah sampai "batch" yang ke-10 kami mengambil pakaian secara terus dari pembekal dan dijual terus kepada pelanggan.

4.     Sebagai alternatif yang lain, kami juga ada membuka satu "booth" yang bertempat di Varsity Mall, UUM bagi memudahkan penjualan dan pengambilan barangan terutamanya kepada warga UUM. Cas penghantaran tidak dikenakan sama sekali dan mereka boleh mencuba dan membeli secara terus di booth kami yang dibuka dari jam 11pagi hingga 10malam.

5.    Tindak balas daripada pelanggan tidak kira samada pelajar, mahupun staf UUM ini sendiri setakat ini, tiada lagi pulangan balik atau "return back product" kepada kami jikalau terdapat satu-satu kecacatan daripada produk tersebut. Pihak kami sangat menitikberatkan kualiti produk sebelum sampai ke tangan pengguna bagi menjamin kepuasan pelanggan supaya terus membeli produk kami.

6.    Sasaran pelanggan kami adalah pada mereka yang inginkan bergaya dengan menggayakan fesyen-fesyen yang baru serta mereka yang berani tampil dengan paduan warna yang terang. Fesyen ini tidak tertumpu untuk golongan wanita yang berumur di antara 15-25tahun, tapi fesyen ini sesuai untuk semua golongan. Dan, fesyen ini juga tidak tertumpu kepada wanita, tetapi golongan lelaki juga boleh menggayakannya, asalkan kena tempat dan gayanya :)

7.    Moto syarikat iaitu "Vintage itu fesyen" merupakan visi kami untuk terus memperdagangkan fesyen Vintage ini ke pasaran dunia bagi membolehkan setiap golongan dapat mengetahui dan menggayakan stail yang lebih terkini dan bersesuaian


Suka ? HAPPY SHOPPING GURLS ! Come and Visit US Again :)

1 kupu-kupu kecik:

Hadijah Umar said...

Already follow. my url http://hadijahumar.blogspot.com :)



ISI FORM INI

Name:
Email Address:
H/P No :
Full Address :
Code Item :
If the item(s) I order is not available : i will order another item(s)
cancel order
When will you pay when i reply your order? 1 hour
24 hour
48hour
Any questions or comment?

Please make sure you confirm your order before hit the submit button &&& dont forget to read the terms & conditions. tq :)


Form provided by Freedback.
 

Lola Love Vintage Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting